Sunday, March 28, 2010

TIGA DARA PINGGITAN

Aminah, Sarimah dan Juliana merupakan 3 anak dara kesayangan Pak Abu. Mereka bertiga jarang keluar secara berasingan dari keluarga.Mungkin memasing dah meningkat "remaja-remaji' maka Pak Abu memberi kebenaran untuk mereka bertiga untuk keluar menonton wayang Star Wars yang tengah hangat gilerr ditayangkan tambahan dgn publisiti yang meluas!!!!Satu aje amanat Pak Abu kepada 3 anak daranya itu.
Pak Abu : "JANGAN KAMU LAYAN DAN JAWAB JIKA DITEGUR LELAKI"
Dan amanat itu nampaknya dipegang teguh oleh ketiga-tiga anak dara ini.Sehinggalah tamat wayang dan mereka mula landing kat bus stop nak balik umah dah!!!!
Tetiba muncul seorang jejaka yang macho handsome gillerrr!!!Namun amanat Pak Abu membataskan niat mereka utk megurat jejaka idaman Malaya itu. Jejaka tu lak tak sombong.Dia buat macam-macam agar 3 gadis tu respons namun hampa!!!Memacam dia cuba.Tak der jugerk!At last dia dapat satu akal!!!Jeng-jeng!!!
Ketika itu jugerk melintas seekor ANJING liar berhampiran Bus Stop tu....
Jejaka : Eh! Apalah 'KAMBING' ni; tak der tuan ker..sampai dalam KL sesat!!!Haprak punyer Tuan!!!!(merungut,keras,serius,marah).
Aminah : Ammelah senara ni....inhu mhungan ngambing la...inhu ANNYING!!!!(Apalah saudara ni, itu bukan kambing la.. Itu ANJING!!!)
Sarimah : Ammelah ngammu nhis...mhamha thak magi nyangap lha!!! (Apalah Kamu ni...Bapa tak kasi cakap la!!!)
Juliana : Nhathip mhaik angu thak nyangap !!!! (Nasib baik aku tak cakap!!!!)
Jejaka : (Dalam hati : 3 dara SENGAU rupanya!!!).
TNB DAN LILIN
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamb a menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???" Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........." Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???" Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA...."

No comments:

Post a Comment